Saturday 22 May 2010

Tanda-tanda 100 hari sebelum kematian


Salam sejahtera utk para penyinggah setia blog aq ni..Skg ni aq tgh dlm mood exam final tp disebabkan dinihari lg aq terkenang psl sorg muallimah mse aq form 1 dlu die pnh cte psl tanda2 100 hri sblm mati.Mse aq dgr tu pon tedetik gak rse tkot n teruja sbb bru 1st time dgr psl tu.Aq pon tepikir gak utk aktif blik dlm label or entry 'renungan bersama' yg begitu lme tdk muncul,asek2 puisi je kn??haha..naik kering idea aq berpuitis.Okay,maklumat ni pon aq rujuk dr internet pd blog sorg hamba Allah dan aq yakin ni lah maklumat yg aq cri,kalo ade ape2 pembetulan sila tegur ya wahai pembaca budiman sekalian!!moge2 dgn sedikit ilmu ni mampu membukakan hati kite utk bermuhasabah diri..okay,jom kte bce sme2..

Tanda 100 hari sebelum mati

Iini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendainya. walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan alaman dan usuran yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wajahnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari Sebelum Mati

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari Sebelum Mati

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita aiaitu diantara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari Sebelum Mati

Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sbelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati adalah bijak .
Sebarkan buletin ini....May Allah Bless You.

Saturday 8 May 2010

Siapa aku tanpamu ibu

Update ringkas sempena hari ibu..teristimewa utk sarifah binti ahmad dan insan2 yg bergelar IBU..

kau permata hati yang tak mampu dibeli,
kasih dan sayangmu tiada tanda harga yang setara,
sejak terciptanya diriku ini kau setia bersama,
walau jauh di mata doamu tetap menjadi pemelihara,

aku zuriatmu penyambung warisan,
berharap akan mampu menjadi bintang yang bergemerlapan,
sungguh aku ini banyak kekurangan tetap juga mahu menggembirakan,
tiada sebab lain hanya kerana redha berpanjangan yang diinginkan,

selalu terlintas di fikiran andai tiba saat perpisahan,
aku takut diri yang manja ini hilang pedoman,
semua ini kerana kau penawar kau lah teman,
semoga umur yang panjang untukmu dikurniakan tuhan,

apa yang dinukilkan ini mungkin sekadar luahan jalanan,
sebenar-benarnya ini lah yang tersirat berpanjangan,
wahai serikandi hidupku ketahuilah apa yang inginku sampaikan,
biar berbeza alam kehidupan namun kau tetap juara berkekalan!!