Tuesday, 13 April 2010

aku lelaki aku bujang

aku lelaki aku begini,
ego diri kental di hati,
susah jatuh teguh berdiri,
sentiasa terbuka menanti hari,

bujang aku bujang budiman,
malu ke depan bukan sebarangan,
himpun daya bagi cabaran mendatang,
takut terjerumus bersama sang petualang,

aku lelaki punya perasaan,
suka melihat orang berteman,
entah bila kan tiba giliran,
mahu pula aku terjun ke lembah idaman,

bujang aku bujang yang tenang,
setia menanti jika ada yang sayang,
mahu keajaiban bukanlah senang,
bawa bersabar biarkan saja ia datang..

Tuesday, 2 March 2010

aku pasti

lama aku terleka,
menyulam segala rasa,
sehingga terlepas sebutir mutiara setia,

sejauh perjalanan,
semanis pengalaman,
sesungguhnya ku tak mahu bersendirian,

hanya hati akan bisa mengolah,
bicara perasaan mencorak jiwa,
kelak akan ketemu jua penyeri ruang yang sedia terbuka,

serlahkan semangat meniti usia,
jangan terlalu dipuja nikmat dunia,
kepastian yang nyata pasti akan tiba.

Wednesday, 10 February 2010

Bila kamu ada

senyum simpul semakin hilang,
petanda cerah tak berpanjangan,
datang dan pergi tanpa pesan,
seperti hanya persinggahan,
hari-hari makin tersimpan,
berjuta soalan saling bersimpulan,

bila kamu ada segalanya kan nyata,
terhapus dilema hilanglah derita,
bermula cerita indah nan nyata,
semangat yang jatuh bangun semula,
tidak terusik walaupun seketika,
menikmati saat bila kamu ada..


Tuesday, 2 February 2010

tak mahu

ku tempuhi hari-hari yang mendatang,
tanpa ada rasa sesal yang tak diundang,
tegarkah hatiku ini melayan perasaan,
semoga jiwa ini tak dirundung kesedihan,

tak mahu aku tersilap memilih,
ku jaga hati yang semakin pulih,
tak mahu aku sesuka menerima,
biarpun hati dihambat lara,

terleka aku memikirkan kehidupan,
setiap detik meninggalkan kenangan,
ikutkan hati ingin saja dikekalkan,
segala padanya tentang kemanisan,

tak mahu aku tercalar lagi,
bukan mudah untuk memberi,
tak mahu tidur bersama mimpi,
terbayang akan yang pasti pergi..



Friday, 29 January 2010

selamat untuk aku

~28 januari 2010~

arini ckup bemakne bg ak sbb ini lah trkh yg sme ak kua drp prot mak ak..hehe.dh 20 thn ak hdp kt dunia ni n dh mcm2 yg ak lalui.thn ni bezday ak bg byk mkne sbb 1st skali ak dh msok alam 20 an,ak kne telor yg byk mlm bezday ak tp ak rse teharu sbb kgkwn rmai yg igt walopun sambutan dgn cara yg otai n lg stu mlm tu ManU mng semi final dgn pnuh begaya utk ke final carling cup..yeah!!hee~

ape2 pon ak ttp kne igt sbb umo makin betambah jd ak kne byk2 muhasabah dri n ubah,kekalkan atau krgkn pe yg ptot.pasni ak hrp sgt bleh tumpu n kejar stdy bg abes secepat yg bley,haha.ak ni sbenanye dh byk gak buang mse pastu ilmu yg ade kt aq ni x sberapa sgt pon,bwt malu je.cinta??haa,yg ni ak rse kalo rezki tu ade ak nk gak mulekan tp kalo blom mse ak x kesah pon sbb ape gne becinta tp kalo x bg pape makne kt ak bahkan lbey byk m'gangu..huhuk

ok lah,ak tade idea pon sbenanye ni just nk ucapkn tme ksh n penghargaan sgt kpd yg igt utk wish hri lahir ak kli ni.salam syg teristimewa utk famili ak,kgkwn kt msia n plg utama kgkwn kt jordan ni,korg mmg cool beb!!cayalah..hak3..bye2 sume..

Sunday, 24 January 2010

kisah buat aku

hening membuat aku teringat,
melayari musim sejuk yang panjang,
aku berdiam bukan bermakna tenang,
melepaskan tidak bermakna keputusan,
hanya mengikut apa yang kau inginkan,
agar tak dianggap meminta kasihan,

kisah yang datang tidak ku pinta,
kisah yang berlalu tanpaku rela,
bukan mencari bahagia sementara,
sesedap lidah manis bicara,

aku sahaja sering teringat,
seperti menidakkan hakikat,
terdetik hati bertanyakan sendiri,
sampai bila harus begini,
sekadar menahan rasa di hati,
tak mampu mengubah tak mampu berperi,

kisah aku tetap begini,
kisah kau mungkin indah hari berganti hari,
kau padamkan segalanya ,
buang diriku dari ruang hidupmu,
mungkin itu caranya kau melupakan aku..


Saturday, 9 January 2010

One for me

Aq rse ni pecubaan petama aq tls puisi dlm english,haha.Rse mcm klaka pon ade,korg bce lah nty eh n sertakan la komen kot2 ade slh pekataan atau grammar ke,aq ni bkn reti sgt.Orait,mls aq nk celoteh pnjg2,just check it out k..

step by step closer,
the shine come back to me,
I feel like a day dream disturbing,
but it's better than a long time nightmare,

I can smile again,
I can feel it by my own way,
our story is a bad history,
now i knew the meaning fake of love,

sometimes,the wrong can be true,
and we don't know what is going on,
we just try to make all alright,
without you i'm gonna be fine,

give me the sunshine,
give me the sweetest time,
I still miss the moonlight,
with the loyal stars around,
and all of that just one for me..