Tuesday 13 April 2010

aku lelaki aku bujang

aku lelaki aku begini,
ego diri kental di hati,
susah jatuh teguh berdiri,
sentiasa terbuka menanti hari,

bujang aku bujang budiman,
malu ke depan bukan sebarangan,
himpun daya bagi cabaran mendatang,
takut terjerumus bersama sang petualang,

aku lelaki punya perasaan,
suka melihat orang berteman,
entah bila kan tiba giliran,
mahu pula aku terjun ke lembah idaman,

bujang aku bujang yang tenang,
setia menanti jika ada yang sayang,
mahu keajaiban bukanlah senang,
bawa bersabar biarkan saja ia datang..