Tuesday 2 February 2010

tak mahu

ku tempuhi hari-hari yang mendatang,
tanpa ada rasa sesal yang tak diundang,
tegarkah hatiku ini melayan perasaan,
semoga jiwa ini tak dirundung kesedihan,

tak mahu aku tersilap memilih,
ku jaga hati yang semakin pulih,
tak mahu aku sesuka menerima,
biarpun hati dihambat lara,

terleka aku memikirkan kehidupan,
setiap detik meninggalkan kenangan,
ikutkan hati ingin saja dikekalkan,
segala padanya tentang kemanisan,

tak mahu aku tercalar lagi,
bukan mudah untuk memberi,
tak mahu tidur bersama mimpi,
terbayang akan yang pasti pergi..



No comments:

Post a Comment