Sunday 24 January 2010

kisah buat aku

hening membuat aku teringat,
melayari musim sejuk yang panjang,
aku berdiam bukan bermakna tenang,
melepaskan tidak bermakna keputusan,
hanya mengikut apa yang kau inginkan,
agar tak dianggap meminta kasihan,

kisah yang datang tidak ku pinta,
kisah yang berlalu tanpaku rela,
bukan mencari bahagia sementara,
sesedap lidah manis bicara,

aku sahaja sering teringat,
seperti menidakkan hakikat,
terdetik hati bertanyakan sendiri,
sampai bila harus begini,
sekadar menahan rasa di hati,
tak mampu mengubah tak mampu berperi,

kisah aku tetap begini,
kisah kau mungkin indah hari berganti hari,
kau padamkan segalanya ,
buang diriku dari ruang hidupmu,
mungkin itu caranya kau melupakan aku..


No comments:

Post a Comment