Wednesday 25 November 2009

apa itu cinta??

uniknya cinta,
datang tanpa dipaksa,
tiada rupa mahupun warna,
hanya dengan hati kita merasa,
suka dan duka atas namanya,

terkuntum senyuman kerana cinta,
tanda kita mengecapi bahagia,
terselit juga bermuram-durja,
tanda cinta itu adil saksama,
tidak kira siapapun kita,

kejarlah cinta selagi terdaya,
kecapi keindahannya selagi ada,
jangan dikesal jangan merana,
andai ia hilang serinya,
meratap menangis tidak berguna,

mengapa tuhan ciptakan cinta,
pasti tersirat keistimewaannya,
perlukan kita memahaminya,
hindari riak jauhi prasangka,
kerna ia pinjaman daripada penguasa segalanya,

tercipta kisah beralunkan cinta,
lemah-gemalai kita terleka,
bersama bayangan alam yang fana,
mengejar mencari cinta sempurna,
hakikat yang nyata cinta itu satu pada yang esa..


No comments:

Post a Comment