Monday 30 November 2009

pencarianku

terbang aku bersama angan-angan,
melayang jauh bersama sebuah harapan,
mengharapkan kau akan ikut bersama,
pergi mencari ketenangan jiwa,
kumahu kau lupakan segala derita,
agar kau memikirkan aku sahaja di kotak minda,

kemari si manis dekat padaku,
ku janji takkan buatmu menangis lagi,
kerna aku tahu kehendak hatimu,
kini ku bersungguh memilikimu,
biarpun beribu yang mengganggu,
akan ku tepis satu persatu,

duhai penghias hidupku,
renungilah mataku ini sedalam-dalam,
carilah apa yang masih terpendam,
semoga lambat-laun kau akan faham,
mengapa aku sering berdiam tanpa jawapan,
sedangkan ia sudah tertulis tanpa pencarian,

ingin ku tutup pengembaraan yang panjang,
hanya bila kau ada dalam genggaman,
menemaniku untuk hari-hari yang mendatang,
tanpa aku berselindung di sebalik awan,
tidak lagi menangis di dalam hujan,
kerna aku yakin kau akan meneduhkan..

No comments:

Post a Comment