Thursday 3 December 2009

Pembunuh-pembunuh utama rakyat malaysia.

Assalaamualaikum,selamat berjumpa lagi untuk kalian semua.setelah sekian lama aku asyik post puisi je takut nanti korang muntah lak baca..hehe.kali ini aku nak kongsi tentang pengetahuan semasa yang mungkin boleh buka minda kita sebagai rakyat malaysia.aku nak tulis pasal penyebab-penyebab yang telah meragut nyawa manusia-manusia yang ada di malaysia.mungkin apa yang aku tulis ini berdasarkan pengetahuan aku sendiri dan maklumat-maklumat yang aku pernah baca,jadi kalau ade yang kurang atau salah ke bagi korang just tegur dan bagi pendapat ok.
pembunuh-pembunuh utama rakyat malaysia.pertama sekali aku rasa kemalangan jalan raya yang menyumbang statistik paling tinggi.hari-hari kita mesti dihidangkan dengan berita tentang kemalangan jalan raya di dada akhbar mahupun televisyen.kemalangan ini memanglah tertulis sebagai takdir Allah,tapi penyebab sebenarnya daripada sifat dan diri manusia itu sendiri.contoh paling dekat yang kita boleh tengok isu mat rempit,terlalu serius di malaysia sekarang ni.mat rempit ni berlumba,menunggang secara merbahaya dan tak reti nak ikut peraturan.kadang-kadang bila diorang ni berlumba,menyelit,menunggang lawan arus,masa tu yang buat kenderaan lebih besar kemalangan sebab nak selamatkan nyawa-nyawa si pembunuh diri tu,nampak tak yang diorang punya pasal nyawa orang lain melayang??tak pasal-pasal nak elak si keparat-keparat tu,orang lain yang terbabas atau bertembung sekaligus meragut nyawa orang yang tak berdosa,tak fikir ke orang ada keluarga atau tanggungan nanti terpaksa harungi hidup bersusah-payah tanpa orang yang mereka sandarkan harapan dan bergantung hidup.satu lagi sebab ialah kenderaan berat,lori ar senang kata.biasanya lori-lori ni bukan main laju siap dengan berlumba-lumba lepas tu kekadang pemandu dia siap di bawah pengaruh dadah atau alkohol lagi.pada pendapat aku ar,kerajaan perlu kawal jumlah motosikal dan kenderaan berat yang dikelurkan dan bergerak di atas jalan raya.aku dah pegi dua negara arab iaitu syria dan jordan,negara-negara ni jumlah motosikal dan kenderaan berat terlalu sedikit,bahkan nak tengok kemalangan pun jarang-jarang.aku rasa sistem kawalan macam ni kita boleh terima pakai di malaysia.lagi satu undang-undang tentang pengambilan lesen memandu,perkara ini pun perlu dikaji semula seperti sistem ujian dan tahap umur si pemohon,takde lah nanti senang-senang budak umur baru 16 tahun dah boleh ke hulu ke hilir dengan motosikal bersama lesen kebanggaan tanpa hiraukan keselamatan sebab diorang dah rasa jalan raya macam bapak diorang yang punya.
aku rasa mat rempit sedara-mara makhluk tuhan yang sebelah gambar diorang tu kan??hak3..

pembunuh seterusnya,aku pilih jenayah.kadar jenayah yang berlaku dekat malaysia sekarang ni terlalu kerap dan teruk sangat-sangat.hari-hari mesti ade kes yang melibatkan kematian,contohnya rompak,rogol,ragut,along dan buang anak.hebat tak hebat mat rempit,dalam punca ni pun diorang termasuk sekali.jenayahnya ialah rompak,samun,ragut dan termasuk sekali membunuh!!sebab tu ar aku tulis dekat atas tadi mat rempit ni memang dah lebih dan serius masalah yang diorang bawak.satu lagi perkara yang aku nak tekankan pasal jenayah yang melibatkan warga asing.macam tak reti bersyukur,orang dah bagi senang-senang masuk malaysia untuk kerja atau belajar,korang boleh buat kepala.aku sarankan kerajaan kena perketatkan betul-betul syarat kemasukan dan pemberian visa kepada warga asing tanpa teragak-agak dan kurangkan rasa belas kasihan serta budi-bicara.bagi rakyat malaysia pula,kes yang pada asalnya gejala sosial dan akhirnya melarat sehingga melakukan jenayah,apa lagi kalau bukan buang anak.ibu-ibu dan bapa-bapa haram yang buang darah daging diorang dan kadang-kadang siap mati lagi bayi tak bersalah tu keturunan ape ek??keturunan manusia tapi hati kacuk binatang dan syaitan gamaknya.golongan ini buat 'projek' memang pandai dan numero uno,dengan tak berkondom lagi,tapi bila anak dara orang dah buncit tau kelam-kabut suruh gugurkan dan yang lagi teruk buang serta bunuh hasil benih dan perlakuan sumbang mereka sendiri..na'uzubillahiminzaalik.minta jauh daripada keturunan kita perkara-perkara macam ni.

haih..macam ni ke sepatutnya zuriat yang sepatutnya menjadi penyambung warisan diperlakukan??

terakhir sekali,pembunuh utama di negara kita ialah najis dadah.terlalu banyak kes yang melibatkan dadah,pengedaran dan salah guna ke atasnya.aku sebagai orang melayu berasa malu dan kecewa juga sebab majoriti penagih dadah adalah bangsa melayu.bukti betapa meningkat dan ramainya penagih dadah di negara kita ialah pusat pemulihan dan serenti tidak kira kerajaan mahupun swasta sudah tidak mencukupi bagi menampung golongan-golongan ini.sememangnya pengedar-pengedar dadah sepatutnya dihukum bunuh tanpa mengira berat dadah yang ada pada mereka ketika ditangkap.aku tulis macam ni sebab syaitan-syaitan ni lah yang merosakkan generasi-generasi malaysia menjadi penagih sedangkan terdapat di antara mereka sendiri yang tidak menghisapnya.mereka cuma mahu mengaut keuntungan sekelip mata dan menjadikan anak bangsa sendiri sebagai permainan dunia mereka.aku rasa antara langkah-langkah awal ialah keluarga si penagih itu sendiri,bagi ibu bapa yang sudah pasti anak mereka terlibat dengan dadah,jangan sembunyi atau membiarkan anak-anak itu tetapi bertindaklah dengan tegas tanpa ragu dengan menghantar anak-anak mereka ke pusat serenti atau pemulihan.ibu bapa juga perlu melaporkan kegiatan anak-anak mereka itu kepada pihak berkuasa tanpa rasa malu kerana dengan cara itu sahaja mampu menunjukkan kasih sayang yang sebenar.biarlah malu sekarang kerana anak ditangkap menagih atau dihantar ke pusat pemulihan,jangan malu kerana anak meninggal dunia disebabkan penagihan dadah.aku juga menyokong penuh arahan kerajaan yang tidak lama lagi mewajibkan kadar rokok minimum bagi sekotak ialah 20 batang bersama harga tidak kurang daripada rm6.satu langkah yang bijak daripada kerajaan,syabas untuk itu!!sebenarnya rokok ini juga salah satu punca awal penagihan dadah yang mungkin meresap tanpa kita sedari.kata orang-orang lama,'mula-mula cuba rokok lama-lama cuba dadah pula'.mungkin ada benarnya kata-kata itu kerana manusia tidak pernah puas dan suka mencuba perkara baru,lebih-lebih lagi apabila mereka tercabar atau ingin menjaga ego masing-masing.cakap pasal rokok ni aku pun nak 'set' azam yang kuat untuk tahun baru 2010 untuk 'stop smoking forever'!!.aku bercakap pasal rokok ni bukan nak hipokrit atau poyo,sebenarnya aku muhasabah diri sendiri dulu baru nak menulis dekat blog,sebabnye ialah aku pun masih lagi bergelar seorang 'smoker',ayah aku sendiri pun penghisap rokok tegar yang aku harap sangat dia akan mampu berhenti.harap sangat doa-doa yang tulus daripada para pembaca untuk harapan dan azam aku ni ye.hee~
jauhi dadah dan ambil berat tentang bahaya merokok..

panjang meleret dah aku tulis ni,harap-harap korang dapat manfaat daripada post kali ni.aku perlukan komen dan idea daripada korang supaya aku menulis ni akan ada berkat berkat pada diri aku dan juga pembaca-pembaca yang sudi singgah kat blog aku yang tak seberapa ni.wallahua'lam..


No comments:

Post a Comment