Tuesday 1 December 2009

Golongan itu

wahai pembawa amanah agama,
janganlah kau rasa sengsara,
merantau jauh tanpa keluarga,
takut hilang semangat yang membara,
hilang arah hanyut terbawa entah kemana,

ingatlah duhai insan yang mengatakan sunnah jadi ikutan,
janganlah kau bermegah-megah hanya kerana luaran,
kerna penilaian Allah itu pada hati,peribadi dan iman,
mungkin pada kami ternampak kamu akan kekurangan,
patutkah itu alasan untuk kamu lemparkan fitnah dan tohmahan,

kami ini makhluk biasa yang masih tercari-cari sinar kebaikan,
kadang-kadang terlepas pandang dan mungkin juga dilalaikan,
bukan kami tak punya ilmu inikan pula tak faham ajaran,
cuma kami takut pada keriakan dan juga fitnah syaitan,
kelak kerana takbur jadi penyebab kami dibinasakan,

sampai bila ramai orang mahu terus bersifat kepuakan,
menghukum kejam serta melabel seseorang melalui pandangan,
adakah mereka fikir diri mereka sudah cukup sempurna,
mungkinkah mereka suka perkara kecil diperbesarkan,
sepatutnya mereka bertindak dengan akal dan bukan mengikut perasaan,

ada yang mengaku menjawab persoalan dengan Al-Quran,
walhal mereka menjadikan ia alasan dan perisai bagi melindung kekhilafan,
patutkah kitab suci ini jadi permainan bagi menjaga kepentingan,
tidak takutkah golongan itu pada laknat dan balasan tuhan,
seteruk kami tetapi tidak pernah bersifat demikian,

apakah kamu semua ingin mempamerkan kehebatan,
kepada insan-insan yang bergelar lelaki dan perempuan,
sedang hati kami yang tegar ini pula disakitkan,
bukankah mencegah lebih baik dari mengubati,
ingatlah hati yang sudah sakit belum tentu mudah memberi kemaafan..



No comments:

Post a Comment