Wednesday 9 December 2009

senyumlah semahunya

salam kpd yg setia m'baca,aq sbenanye borink n blurr sjak dua menjak ni..ikutkn ati mmg nk post tp idea x mari2.nk tls fakta semasa mcm post sblm ni,mcm x dtg ilham..perah punye perah otak last2 puisi gak yg telintas kt otak aq.jd tertulis sudah puisi yg simple mcm kt bwh ni..hee~sorry ye kalo ade yg dh skt mate bce asek2 puisi,mgkn dh mmg ni jiwa aq..huhuk.


senyumlah semahunya,
mungkin ini waktu gembira buat kita,
fikiran melayang ke setiap benua,
membawa apa saja seakan menjadi nyata,
itulah lumrah kita manusia,

kita tersenyum,
bila rasa bahagia,
melupakan segala luka lama,
hapuskanlah air mata,
terbang ke bintang bawa harapan,

duduk merenung masa hadapan,
tersenyum sendirian memikirkan nasib ini,
bukan bermakna gila atau sakit jiwa,
sesungguhnya kita dalam dilema,
mahu memilih antara dua,

senyumlah semahunya,
biarpun banyak yang mengata,
kerana memang ada yang durjana,
usah pedulikan mereka,
dunia ini dikongsi semua,

teruskan tersenyum wahai teman,
jangan ditakutkan apa yang mendatang,
kelak menyesal bila keharmonian hilang,
kerna kita tak pasti masihkah ada,
hari esok untuk semua,

hanyut belayar bersama mimpi,
di malam hari yang senyap sunyi,
suasana hening menghiasi,
terilham puisi yang sering menemani,
di kala hati berkata senyumlah semahunya aduhai diri..


No comments:

Post a Comment