Sunday 15 November 2009

aku dan kamu

sebenarnya kau terlalu lengkap buatku,
hanya aku tak pandai menghargaimu,
sebelum ia pergi terlalu jauh,
seharusnya aku pergi mengundurkan diriku,

kau conteng hatiku dengan warna cintamu,
namun itu terlalu indah buatku,
ku berikan hati kau pula menghiasi,
semuanya secerah mentari pagi,

tapi kini segalanya tinggal kenangan,
aku bukanlah seorang pejuang cinta sejati,
seringkali ku tewas dengan diri sendiri,
ketahuilah bahawa aku bukan yang kau cari,

hingga kini ku sendiri tak pasti,
jika aku masih lagi menyayangi,
mungkin semua ini hanya permainan hati,
aku tak sanggup memberi harapan padamu lagi..

2 comments:

  1. cium kaki..cium kaki..the best poem i've ever read in my life...chaiyok2..

    ReplyDelete
  2. cess..zaki nk bodek aq agk2 lah..aq bantai je ni weyh..hehe.

    ReplyDelete